Sunday, May 11, 2008

Labels:

Hari ini sungguh keletihan... aku,Amran,Fakrol,Cipun,Anas turut serta dalam Konvensyen Kementerian Belia Dan Sukan Perlis dari jam 7.30 pagi hingga pukul 5.00 petang. Walaupun masa yang agak panjang... dari pagi hingga ke petang... tetapi pelbagai input yang telah aku perolehi... majlis pada pagi ini dimulakan oleh ucaptama YAB Menteri Besar Perlis... tetapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan... Menteri Besar Perlis tidak dapat hadir ke majlis ini. Seterusnya kami diberi input tentang Gaya hidup baru remaja di Malaysia yang bertajuk "Realiti Di Sebalik Remang Kota". Tajuk ini disampaikan oleh Yusaiman Yusof, Naib yang dipertua1 MBN perlis. Seterusnya Kami diberi pendedahan tentang "Dunia Siber : Fakta dan Fitnah". Tajuk ini disampaikan oleh Tuan Haji Huzili Hussin, Dekan Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan Universiti Malaysia Perlis. Slot kami yang terakhir adalah Forum yang bertajuk "Perpaduan Rakyat Malaysia, Satu Mitos atau sekadar Harapan". Forum ini dipanelkan oleh Tuan Haji Huzili dan Setiausaha Agung MBM(Nama x ingat). Disini disertakan beberapa keping gambar...

Seterusnya setelah selesai majlis penutup oleh Pengarah Majlis Belia Dan Sukan Perlis... Kami bertemu dengan Pesuruhjaya Negeri Pengakap Perlis... Disini kami telah berbual2 tentang xtvt yang bakal dianjurkan oleh Pengakap Negeri. Setelah Penat bercakap... beliau ajak minum2.... (point makan Free) heheh.... Setelah selesai makan... kami pun bertolak ke kuala perlis... Nak menghirup udara "segar" Kuala Perlis... Disini diselitakan beberapa gambar...

1 Response to 11 Mei 2008 (Konvensyen Belia Negeri Perlis):

  1. tringin nk p kuala perlis :P

Copyright 2008 Life Are So Beautiful . All rights reserved.

Template By: Hive Designs Ported By: Theme Lab. Blogger by akOOgle